
TENERIFE, 12 Mei – Sepanyol berjaya menyelesaikan operasi pemindahan kumpulan terakhir penumpang dan kru dari kapal persiaran MV Hondius yang terjejas akibat jangkitan hantavirus, pada Isnin.
- Kapal telah meninggalkan Tenerife dan sedang belayar menuju Rotterdam, Belanda.
- 28 individu diturunkan di Pelabuhan Granadilla dan dihantar dari Tenerife South ke Belanda; 26 kru kekal di kapal.
- Menteri Kesihatan berkata operasi pemindahan dijalankan dengan selamat walaupun kapal berlabuh kerana angin kencang; enam penumpang ditukar ke penerbangan ke Belanda.
Kapal tersebut kini telah meninggalkan Pulau Tenerife dan sedang dalam pelayaran menuju ke Rotterdam, Belanda.
Kumpulan terakhir seramai 28 individu itu diturunkan di Pelabuhan Granadilla, Tenerife, sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Tenerife South untuk menaiki penerbangan ke Belanda.
Sementara itu, seramai 26 lagi kru kekal berada di dalam kapal berkenaan untuk meneruskan perjalanan ke Rotterdam.
Menteri Kesihatan Sepanyol, Monica Garcia berkata, kapal itu berlabuh selama kira-kira sejam atas nasihat pihak berkuasa maritim berikutan faktor angin kencang dan laut bergelora demi menjamin keselamatan semua pihak.
Beliau turut menegaskan bahawa keseluruhan operasi pemindahan tersebut telah dijalankan dalam keadaan yang selamat.
Menurut Garcia, dalam kumpulan pemindahan itu, terdapat enam penumpang yang asalnya dijadualkan pulang ke Australia, namun akhirnya ditukar ke penerbangan menuju ke Belanda. – REUTERS