
WASHINGTON, 26 Februari – Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates mengakui dia mempunyai hubungan dengan jutawan Jeffrey Epstein, namun menafikan terlibat dengan jenayah lelaki itu.
- Gates mengakui hubungan dengan Jeffrey Epstein tetapi menafikan terlibat dalam jenayah lelaki itu.
- Gates mengaku membuat kesilapan besar meluangkan masa dengan Epstein dan membawa eksekutif Yayasan ke mesyuarat.
- Dia menafikan dakwaan menggunakan pengaruh Epstein untuk mendapatkan wanita, dadah atau terlibat dalam pembunuhan Epstein.
Gates pada masa sama berkata, dia mempunyai hubungan sulit dengan dua wanita Rusia serta melakukan kesilapan besar apabila bekerjasama dengan Epstein.
“Adalah satu kesilapan besar untuk meluangkan masa bersama Epstein dan juga membawa eksekutif Yayasan Gates ke mesyuarat dengan Epstein.
“Saya memohon maaf kepada orang lain yang terlibat dalam perkara ini kerana kesilapan yang saya lakukan,” kata Gates ketika bercakap dihadapan kakitangan Yayasan Gates.
Terdahulu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengeluarkan dokumen yang mendedahkan hubungan golongan elit dengan Epstein.
Antaranya Donald Trump, Putera Andrew Mountbatten-Windsor dan Gates.
Dokumen itu mendedahkan bahawa Gates, 70 menggunakan pengaruh Epstein untuk mendapatkan wanita dan dadah.
Gates dalam pada itu turut menafikan terlibat dalam pembunuhan Epstein yang dijumpai meninggal dunia dalam penjara New York pada 2019 sementara menunggu perbicaraan untuk kes perdagangan gadis bawah umur. -AFP