
AMERIKA SYARIKAT, 2 April– Empat angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memulakan Misi Artemis II mengelilingi bulan telah berlepas menaiki roket Space Launch System (SLS) pada Rabu, menandakan penerbangan berawak pertama ke orbit bulan dalam tempoh lebih 50 tahun.
- Kapal angkasa berjaya memasuki orbit bumi untuk menjalankan ujian keselamatan dan menguji kebolehpercayaan sistem.
- Jika semuanya berjalan lancar, misi dijangka mengelilingi bulan selama kira-kira 10 hari.
- Angkasawan Jeremy Hansen berkata misi itu dilaksanakan untuk seluruh umat manusia.
- Artemis II merupakan langkah penting ke arah pendaratan manusia di bulan yang disasarkan pada 2028.
Roket SLS berwarna jingga dan putih itu membawa tiga angkasawan Amerika Syarikat dan seorang dari Kanada berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy milik NASA di Florida kira-kira 6.35 petang waktu tempatan.
Sejurus selepas pelancaran, mereka berjaya memasuki orbit bumi untuk menjalankan beberapa ujian bagi memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan kapal angkasa tersebut.
Jika semua berjalan lancar, misi itu dijangka meneruskan perjalanan mengelilingi bulan dengan tempoh keseluruhan kira-kira 10 hari.

Angkasawan Kanada, Jeremy Hansen berkata misi itu dilaksanakan “untuk seluruh umat manusia”.
Misi Artemis II itu menjadi langkah penting ke arah pendaratan manusia di bulan yang disasarkan pada 2028. -AFP