Dunia hadapi krisis tenaga paling serius – Pesuruhjaya Tenaga EU

Pesuruhjaya Tenaga dan Perumahan Suruhanjaya Eropah Dan Jorgensen/ AFP

MOSCOW, 6 Mei – Dunia sedang menghadapi krisis tenaga paling serius dalam sejarah global susulan konflik di Asia Barat, kata Pesuruhjaya Tenaga dan Perumahan Suruhanjaya Eropah Dan Jorgensen pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Krisis tenaga menguji daya tahan ekonomi, masyarakat dan kerjasama antarabangsa.
  • Kesatuan Eropah membelanjakan 30 bilion euro untuk import bahan api fosil tanpa bekalan tambahan.
  • Pesuruhjaya Tenaga dan Perumahan Dan Jorgensen menyatakan perkara itu dalam sidang media di Brussels.

“Dunia sedang menghadapi apa yang boleh dikatakan sebagai krisis tenaga paling serius pernah berlaku. Ia sedang menguji daya tahan ekonomi, masyarakat dan perkongsian kita,” kata Jorgensen dalam sidang media di Brussels.

Sejak konflik di Asia Barat bermula, negara-negara Kesatuan Eropah (EU) telah membelanjakan 30 bilion euro (US$35 bilion) untuk import bahan api fosil “tanpa menerima sebarang bekalan tambahan,” tambah Jorgensen.- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI