Diplomat tertinggi Iran, EU bincang usaha gencatan senjata

Menteri Luar Iran, Abbas Aragchi / REUTERS

TEHRAN, 2 Mei – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) Kaja Kallas membincangkan perkembangan terkini berhubung rundingan damai Tehran–Washington, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran memaklumkan tentang pendirian dan inisiatif terkini untuk menamatkan 'perang' serta mewujudkan keamanan berkekalan.
  • EU menyuarakan kebimbangan terhadap implikasi keselamatan dan ekonomi akibat ketegangan serantau, menegaskan sokongan kepada laluan diplomatik.
  • Tiada butiran lanjut mengenai perbualan itu didedahkan setakat ini.

Araghchi memaklumkan kepada Kallas mengenai pendirian dan inisiatif terkini Iran yang bertujuan menamatkan “perang” serta mewujudkan keamanan berkekalan di rantau itu, menurut kenyataan Kementerian Luar Iran.

Kallas pula menyuarakan kebimbangan terhadap implikasi keselamatan dan ekonomi susulan ketegangan serantau yang berterusan di rantau berkenaan serta menegaskan semula pendirian berprinsip Kesatuan Eropah yang menyokong laluan diplomatik ke arah keamanan dan keselamatan mampan, menurut kenyataan itu.

Tiada butiran lanjut mengenai perbualan itu didedahkan setakat ini. / BERNAMA