Denmark mahu NATO segera awasi Greenland

Troels Lund Poulsen mencadangkan NATO bertindak mengawai Greenland. Foto/AFP

BRUSSELS, 20 Januari – Denmark mencadangkan supaya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memulakan operasi pengawasan di Greenland di rantau Artic.

RINGKASAN BERITA AI
  • Denmark mencadangkan NATO mulakan operasi pengawasan di Greenland dan rantau Artik.
  • Menteri Pertahanan Troels Lund Poulsen mengusulkan perincian kerjasama pelaksanaan operasi itu.
  • Mark Rutte menyokong langkah itu sebagai penting untuk mencegah pencerobohan kawasan.
  • Cadangan timbul selepas kontroversi ancaman pengambilalihan Greenland oleh bekas Presiden AS.

Cadangan itu diutarakan Menteri Pertahanan Denmark Troels Lund Poulsen semasa pertemuan bersama ketua NATO Mark Rutte.

“Kami telah mencadangkannya, setiausaha agung telah mengambil perhatian mengenainya, dan saya fikir kami boleh merangka kerjasama bagaimana ia boleh dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu Rutte dalam laman X mengakui cadangan itu sangat penting bagi memastikan kawasan berkenaan tidak diceroboh.

“Kami akan terus bekerjasama sebagai Sekutu dalam isu penting ini,” ujarnya.

Sebelum ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengambil alih Greenland yang ditentang negara-negara Eropah.

Pemimpin Jerman dan Perancis mengancam ugutan Trump yang mahu menaikkan tarif baharu terhadap negara yang menentang rancangannya untuk menguasai Greenland.-AFP