Cuaca buruk AS: Air India batal penerbangan New York, Newark

Kapal penerbangan Air India

NEW DELHI, 24 Januari — Syarikat penerbangan Air India membatalkan semua penerbangan pergi dan balik ke New York dan Newark, Amerika Syarikat, pada Ahad dan Isnin susulan ribut salji musim sejuk yang dijangka melanda kawasan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Air India membatalkan semua penerbangan pergi dan balik ke New York dan Newark pada Ahad dan Isnin.
  • Pembatalan dibuat atas dasar keselamatan susulan ramalan salji tebal, ais dan angin kencang.
  • Penumpang dinasihatkan menyemak status penerbangan dan mengikuti makluman daripada syarikat penerbangan.

Air India memaklumkan pembatalan itu dibuat sebagai langkah keselamatan berikutan ramalan cuaca buruk melibatkan salji tebal, ais serta angin kencang.

Ribut Musim Sejuk Fern dilaporkan mengganggu operasi penerbangan di seluruh Amerika Syarikat, dengan beberapa syarikat penerbangan turut membatalkan penerbangan selain memberi amaran kelewatan dan mengeluarkan pengecualian perjalanan kepada penumpang.

Keadaan cuaca ekstrem itu dijangka menjejaskan lapangan terbang utama serta lapangan terbang serantau di kawasan selatan, timur dan tengah negara berkenaan.

Penumpang dinasihatkan menyemak status penerbangan masing-masing dan mengikuti makluman terkini daripada syarikat penerbangan serta pihak berkuasa berkaitan. – REUTERS