
BEIJING, 3 Sept – China dan Nepal yang kini terkesan akibat bencana rentas sempadan baru-baru ini perlu bekerjasama dalam usaha mencegah serta mengurangkan impak negatif perubahan iklim.
- China menjawab tuntutan pampasan iklim dari beberapa pihak di Nepal susulan tragedi banjir.
- Perubahan iklim adalah cabaran global yang memerlukan komitmen dan usaha bersama semua pihak.
- China menegaskan peranannya sebagai penggerak utama pembangunan hijau dan berkomitmen capai puncak pelepasan serta keneutralan karbon.
- China bersedia memperkukuh kerjasama dengan Nepal dan komuniti antarabangsa bagi menangani kesan buruk perubahan iklim bersama.
Demikian ditegaskan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun ketika mengulas tuntutan beberapa pihak di Nepal yang mendesak pampasan iklim daripada negara pengeluar gas rumah hijau utama susulan tragedi banjir di negara berkenaan.
Menurut Guo, perubahan iklim merupakan cabaran global yang memerlukan komitmen serta usaha bersama daripada semua pihak.
Beliau menegaskan China sentiasa menjadi penggerak utama dan penyumbang berterusan dalam mempromosikan pembangunan hijau global.
Negara itu kini sedang aktif mengambil langkah kukuh menuju sasaran pelepasan karbon puncak dan keneutralan karbon, sekali gus dijangka mencatatkan pengurangan intensiti pelepasan karbon terbesar di dunia.
Mengulas lanjut, Guo menyatakan China dan Nepal adalah komuniti berkongsi masa depan yang dihubungkan oleh gunung-ganang dan sungai.
Sehubungan itu, China bersedia memperkukuh kerjasama dengan Nepal serta komuniti antarabangsa bagi menangani kesan buruk perubahan iklim secara bersama.- REUTERS