China gesa keselamatan Selat Hormuz, jamin keselamatan tenaga

Sebuah kapal tentera laut berlayar di Selat Hormuz, laluan air penting yang dilalui banyak kapal minyak dan gas dunia/ AFP

BEIJING, 4 Mac – China menggesa semua pihak yang terlibat dalam perang di Asia Barat supaya mengekalkan keselamatan di Selat Hormuz, laluan perkapalan penting bagi minyak dan gas, serta berikrar mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan tenaga negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • China menggesa semua pihak hentikan operasi ketenteraan dan elakkan ketegangan meningkat di Selat Hormuz.
  • Beijing menyeru mengekalkan keselamatan laluan perkapalan untuk melindungi penghantaran minyak dan gas global.
  • China berikrar mengambil langkah perlu bagi memastikan keselamatan tenaga negara.
  • Selat Hormuz penting kerana mengangkut hampir satu suku bekalan minyak dunia dan banyak kargo lain.

Hampir satu perempat daripada bekalan minyak dunia yang dihantar melalui laut menggunakan selat itu, selain sejumlah besar kargo lain.

Pengawal Revolusi Iran mengisytiharkan selat itu ditutup pada Sabtu lalu, menyebabkan beberapa kumpulan perkapalan antarabangsa menghentikan laluan melalui laluan perairan tersebut.

“China menggesa semua pihak segera menghentikan operasi ketenteraan, mengelakkan ketegangan meningkat, mengekalkan keselamatan laluan perkapalan di Selat Hormuz dan menghalang impak lebih besar terhadap ekonomi global

“Keselamatan tenaga amat penting bagi ekonomi global… China akan mengambil langkah perlu untuk memastikan keselamatan tenaga negara,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang media harian pada Selasa.

China merupakan pembeli utama minyak Iran, yang sebahagian besarnya melalui Selat Hormuz.- AFP