Britain pertahan tidak terlibat serangan awal Iran

Foto AFP

LONDON, 3 Mac – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer mempertahankan keputusannya untuk mengekalkan Britain di luar serangan awal Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran, susulan kritikan daripada Presiden, Donald Trump.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keir Starmer mempertahankan keputusan Britain kekal tidak terlibat dalam serangan awal terhadap Iran.
  • Keputusan itu dibuat berdasarkan kepentingan nasional dan penilaian keselamatan negara.
  • Starmer anggap ia langkah berhati-hati untuk lindungi rakyat dan elak konflik meluas di Asia Barat.
  • Beliau menekankan keteguhan terhadap keputusan walaupun dikritik oleh Presiden Trump.

“Presiden Trump menyatakan ketidaksetujuannya terhadap keputusan kami untuk tidak terlibat dalam serangan awal,” katanya dalam sesi perbahasan di parlimen, sambil menegaskan bahawa beliau mengambil keputusan itu berdasarkan kepentingan nasional Britain.

Tambah beliau, sebagai Perdana Menteri, adalah tanggungjawabnya untuk menilai apa yang terbaik buat negaranya dan berdiri teguh dengan keputusan tersebut.

Starmer menekankan bahawa tindakan Britain untuk kekal tidak terlibat bukan bermakna negara itu bersikap lemah, sebaliknya ia adalah langkah berhati-hati bagi memastikan keselamatan rakyat Britain dan mengelakkan konflik yang lebih meluas di Asia Barat.-AFP