Bekas menteri Indonesia dipenjara 10 tahun

Foto AFP

JAKARTA, 30 Jun – Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun terhadap tokoh teknologi terkenal, Nadiem Makarim, atas kesalahan rasuah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Didapati bersalah atas penyelewengan perolehan komputer riba Chromebook untuk sekolah semasa pandemik COVID-19.
  • Terlibat adalah bekas Menteri Pendidikan dan pengasas bersama syarikat teknologi bernilai berbilion dolar.
  • Perbuatan itu menyebabkan kerugian negara dianggarkan kira-kira AS$120 juta dan menarik perhatian terhadap usaha pembanterasan rasuah.

Nadiem, yang juga bekas Menteri Pendidikan serta pengasas bersama sebuah syarikat teknologi bernilai berbilion dolar, didapati bersalah terlibat dalam penyelewengan berkaitan perolehan komputer riba jenis ‘Chromebook’ untuk sekolah ketika pandemik COVID-19.

Panel hakim memutuskan perbuatan tersebut menyebabkan kerugian kepada negara dianggarkan sekitar AS$120 juta (RM485 juta).

Kes berprofil tinggi itu mencetuskan perhatian meluas, khususnya dalam usaha kerajaan Indonesia membanteras rasuah dalam sektor awam.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.