Bekalan air terhad, penduduk Gaza terpaksa gali perigi

Foto AFP

GAZA, 15 Jun – Masalah kekurangan bekalan air terus memburukkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza hingga memaksa seorang penduduk, Mohammed Zayed menggali perigi bagi mendapatkan air bersih.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keluarga perlu berjalan sejauh 500 meter untuk mendapatkan walau segelen kecil air.
  • Beliau menggali perigi tanpa alat keselamatan, turun beberapa meter dengan risiko runtuh yang boleh membahayakan nyawa demi anak-anak.
  • Menggali berhampiran pantai kira-kira 10 meter dari laut, menemui air tawar selepas kira-kira empat meter, dianggap keajaiban dan sesuai untuk kegunaan harian.

Zayed berkata beliau berbuat demikian selepas keluarganya hampir terputus bekalan air kerana tinggal jauh daripada laluan lori tangki air.

“Apabila mahu mengisi walaupun segelen kecil air, kami perlu berjalan sejauh 500 meter untuk mendapatkannya,” katanya.

Menurutnya lagi, kerja menggali perigi itu amat berisiko kerana beliau perlu turun beberapa meter ke bawah tanah tanpa peralatan keselamatan.

“Saya 100 peratus yakin bahawa pada bila-bila masa lubang itu boleh runtuh menimpa saya hingga terbunuh.

“Tetapi saya melakukannya demi keluarga terutama anak-anak saya,” katanya.

Jelas Zayed, beliau menggali perigi berhampiran pantai, kira-kira 10 meter dari laut dan pada awalnya menjangkakan hanya akan menemui air masin.

Namun, selepas menggali sedalam kira-kira empat meter, beliau menemui air tawar.

“Syukur kepada Tuhan, ini ternyata satu keajaiban. Tuhan mengurniakan kami air tawar yang sesuai untuk kegunaan harian,” katanya. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.