
CHITWAN, 3 September – Sebanyak 96 mayat mangsa banjir dan tanah runtuh yang belum dikenal pasti telah dikebumikan di Hutan Devghat, di sini, sejak Selasa lalu, ketika pihak berkuasa terus menjalankan operasi mencari dan menguruskan mayat mangsa bencana.
- Pengebumian sementara dijalankan kerana mayat semakin mereput akibat cuaca panas dan lembap, bagi mengurangkan risiko kesihatan awam.
- Pihak berkuasa menyimpan rekod dan sampel DNA untuk membantu pengecaman sekiranya waris tampil menuntut.
- Lebih 1,200 dilaporkan maut, hampir 4,762 hilang; runtuhan glasier mencetuskan aliran lumpur melanda kawasan sempadan Nepal-China.
Pengebumian itu dilakukan sebagai langkah sementara berikutan keadaan mayat yang semakin mereput akibat cuaca panas dan lembap.
Pegawai daerah Chitwan, Ganesh Aryal berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana keadaan mayat yang semakin mereput menimbulkan risiko kepada kesihatan awam.
“Pihak berkuasa bagaimanapun masih menyimpan rekod dan sampel DNA bagi membantu proses pengecaman sekiranya waris tampil membuat tuntutan,” katanya.
Menurut angka terkini, Nepal merekodkan lebih 1,200 kematian, manakala hampir 4,762 orang termasuk 844 warga asing masih hilang.
Operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan dengan tumpuan diberikan kepada kawasan yang terjejas teruk.
Bencana pada 26 Ogos lalu berlaku selepas runtuhan ais dan batu dari kawasan glasier di pergunungan Himalaya mencetuskan aliran lumpur besar yang melanda kawasan berhampiran sempadan Nepal-China, termasuk Pelabuhan Gyirong di Tibet. – VIORY