Australia lobi kerusi Majlis Keselamatan PBB

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese/ Foto REUTERS

NEW YORK, 21 September – Australia akan menawarkan pencalonan untuk menyertai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi tempoh bermula 2029.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri Anthony Albanese melancarkan kempen untuk mendapatkan salah satu daripada dua kerusi tidak tetap bloknya di Majlis Keselamatan PBB.
  • Australia berpendapat ia boleh mempengaruhi tindak balas global terhadap isu yang memberi kesan kepada rakyat Australia, jika dipilih.
  • Canberra menjangka sokongan sangat kukuh daripada negara-negara kepulauan Pasifik dan anggota ASEAN.
  • Perkembangan pesat AI dan kesan perubahan iklim dianggap cabaran utama, menjadikan penglibatan Australia di Majlis Keselamatan penting.

Perkara itu diumumkan Perdana Menterinya, Anthony Albanese pada Ahad, ketika melancarkan kempen untuk mendapatkan salah satu daripada dua kerusi tidak tetap yang diperuntukkan kepada bloknya.

Menurut Albanese, Australia yang tempoh dua tahun terakhirnya dalam majlis berkenaan berakhir pada 2014, berpeluang memainkan peranan penting dalam membentuk tindak balas global terhadap isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat Australia, sekiranya dipilih ke Majlis Keselamatan PBB.

Canberra menjangkakan sokongan yang sangat kukuh daripada negara-negara kepulauan Pasifik serta ASEAN.

Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa hubungan kukuh yang terjalin dengan pemimpin-pemimpin dunia akan membantu usaha Australia mendapatkan kerusi berkenaan.

“Perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) dan kesan perubahan iklim bakal menjadi antara cabaran utama dunia menjelang penghujung dekad ini, sekali gus menjadikan kepentingan nasional Australia untuk terlibat dalam Majlis Keselamatan PBB,” kata Albanese. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.