AS jalankan latihan ketenteraan di Caracas

FOTO REUTERS

CARACAS, 24 Mei – Tentera Amerika Syarikat (AS) menjalankan latihan ketenteraan di ruang udara ibu negara Venezuela, Caracas, pada Sabtu (23 Mei); latihan pertama di negara Amerika Selatan itu sejak tentera AS menyerbu ibu negara berkenaan serta menahan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, pada 3 Januari lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Latihan disahkan sebagai latihan pemindahan kecemasan, melibatkan dua pesawat MV-22B Osprey mendarat dekat Kedutaan AS dan beberapa kapal di Laut Caribbean.
  • Kedutaan AS menyatakan kekal komited kepada pelan tiga fasa Presiden Donald Trump bagi penstabilan Venezuela.
  • Komander Southern Command Francis Donovan berada di Caracas dan dilihat bertemu kakitangan kedutaan serta anggota tentera AS.

Pihak berkuasa Venezuela mendakwa serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang.

Latihan terbaharu itu, yang menurut kerajaan Venezuela telah diluluskan sebagai latihan pemindahan bagi menghadapi kemungkinan kecemasan perubatan atau bencana, melibatkan dua pesawat MV-22B Osprey yang mendarat berhampiran Kedutaan AS serta beberapa kapal yang memasuki perairan Venezuela di Laut Caribbean.

Kementerian Penerangan Venezuela tidak segera memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan komen.

Kedutaan AS dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya kekal “komited untuk memastikan pelaksanaan” pelan tiga fasa Presiden Donald Trump, khususnya berkaitan “penstabilan Venezuela”.

Kedutaan itu turut memaklumkan bahawa komander Southern Command AS, Francis Donovan yang menyelia operasi ketenteraan AS di benua Amerika, berada di Caracas semasa latihan berkenaan dijalankan.

Gambar dan video yang dimuat naik di platform X oleh Southern Command menunjukkan Donovan bertemu kakitangan kedutaan AS serta anggota tentera AS di lokasi kejadian.

Pentadbiran Trump sebelum ini menyokong kerajaan bekas naib presiden Maduro, Delcy Rodriguez, yang meluluskan undang-undang bagi membuka akses rizab minyak dan sumber perlombongan Venezuela kepada AS. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.