Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat 14 orang

Pasukan menyelamat mencari mangsa terselamat dalam runtuhan sebuah bangunan kediaman  yang di kawasan Bab al-Tabbaneh, Tripoli/AFP

BEIRUT, 10 Februari- Angka korban akibat runtuhan sebuah bangunan kediaman di bandar Tripoli, utara Lubnan meningkat kepada 14 orang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Korban meningkat kepada 14 mangsa selepas operasi mencari dan menyelamat tamat.
  • Tripoli diisytiharkan sebagai kawasan bencana dan tidak selamat diduduki.
  • Kerajaan mengosongkan 114 bangunan berisiko, beri elaun perumahan setahun dan rancang pengukuhan atau perobohan.

Bangunan dua blok di kawasan Bab al-Tabbaneh itu menempatkan 22 orang ketika runtuhan berlaku, manakala lapan penduduk berjaya diselamatkan.

“Operasi mencari dan menyelamat telah tamat buat masa ini… malangnya 14 mangsa telah meninggal dunia,” menurut Ketua Pertahanan Awam, Imad Khreish.

Datuk Bandar Tripoli, Abdel Hamid Karimeh mengisytiharkan bandar itu sebagai “kawasan bencana” dan tidak selamat diduduki.

Perdana Menteri Nawaf Salam berkata pihak berkuasa Tripoli telah mengeluarkan keputusan untuk mengosongkan 114 bangunan berisiko runtuh dengan keluarga dipindahkan menerima elaun perumahan setahun.

Jawatankuasa Bantuan Tinggi akan mengukuhkan bangunan yang masih boleh dipulihkan dan merobohkan bangunan berisiko tinggi, selain menyiapkan tinjauan bangunan yang dimulakan pihak berkuasa tempatan.

Pada Ahad, bangunan bertingkat berkenan runtuh di kejiranan al-Tabbaneh yang merupakan antara kawasan termiskin di bandar itu dengan kejadian bangunan runtuh sering berlaku disebabkan infrastruktur yang daif. -AFP