Abbott Nutrition tutup operasi kilang pengeluaran

CHICAGO, 17 Jun – Abbott Nutrition sekali lagi menutup operasi kilang pengeluaran susu formula bayinya.

Kali ini disebabkan ribut dan banjir.

Kenyataan Abbot menjelaskan kilangnya di Sturgis, Michigan telah menyambung semula operasi pada 4 Jun lepas.

(FOTO HIASAN)

Namun terpaksa menghentikannya sekali lagi awal minggu ini supaya syarikat dapat menilai kerosakan akibat bencana alam itu.

Keadaan itu dijangka akan menyebabkan pengeluaran dan pengagihan produk-produk baharu tertangguh untuk beberapa minggu. – AFP