
KABUL, 17 Mac – Sekurang kurangnya 400 orang terbunuh manakala 250 lagi cedera dalam serangan udara yang didakwa dilancarkan Pakistan ke atas sebuah hospital pemulihan penagih dadah di Kabul.
- Timbalan jurucakap Taliban berkata serangan berlaku kira-kira pukul 9 malam dan menyasarkan Hospital Pemulihan Dadah Omid.
- Pakistan menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tidak benar serta mengelirukan.
- Islamabad menegaskan serangan menyasarkan pemasangan ketenteraan dan infrastruktur; rakaman video menunjukkan kepulan asap tebal dan serpihan runtuhan.
Timbalan jurucakap Taliban, Hamdullah Fitrat berkata serangan udara itu berlaku kira kira pukul 9 malam waktu tempatan pada Isnin dan menyasarkan Hospital Pemulihan Dadah Omid yang mempunyai kapasiti 2,000 katil.
Pakistan bagaimanapun menolak dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak benar serta mengelirukan.
Dalam pada itu, Islamabad menegaskan bahawa serangan yang dilancarkan pada malam Isnin itu menyasarkan pemasangan ketenteraan dan infrastruktur.
Rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan kepulan asap tebal menjulang di kawasan kebakaran, dengan serpihan runtuhan bertaburan di sekitar kawasan itu.-REUTERS