20 anak kapal Thailand selamat pulang selepas insiden di Selat Hormuz, tiga masih terkandas

Foto AFP

BANGKOK, 16 Mac – Seramai 20 anak kapal warga Thailand yang berada di atas sebuah kapal kargo yang diserang di laluan strategik Selat Hormuz selamat tiba di Thailand pada Isnin, manakala tiga lagi masih terkandas di atas kapal berkenaan di perairan Teluk.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kapal kargo Mayuree Naree terkena dua peluru berpandu selepas berlepas dari pelabuhan di Emiriah Arab Bersatu.
  • Serangan berlaku ketika kapal melalui Selat Hormuz, laluan perdagangan tenaga utama yang kini menjadi tumpuan ketegangan.
  • Insiden menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan perkapalan di Selat Hormuz dan gangguan terhadap bekalan minyak global.

Kapal berdaftar Thailand, Mayuree Naree dilaporkan terkena dua peluru berpandu pada Rabu lepas ketika melalui laluan perairan Teruk selepas berlepas dari sebuah pelabuhan di Emiriah Arab Bersatu.

Serangan itu berlaku ketika kapal berkenaan sedang melalui Selat Hormuz, laluan perdagangan tenaga utama dunia yang kini menjadi tumpuan ketegangan susulan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Menurut laporan media tempatan, sebahagian anak kapal berjaya dipindahkan dan dibawa pulang ke Thailand, manakala tiga lagi kru kini masih menunggu perkembangan lanjut serta bantuan keselamatan.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan baharu terhadap keselamatan perkapalan di Selat Hormuz, laluan penting yang menyalurkan sebahagian besar bekalan minyak global dan kini terjejas akibat konflik berterusan di rantau tersebut.-AFP