17 terkorban serangan udara junta Myanmar

Rumah di Kampung Yoe Ngu, Ponnagyun, Rakhine musnah akibat serangan udara Junta Myanmar pada, Selasa/Foto Ponnagyun Youths Association

YANGON, 25 Februari – Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh selepas tentera Myanmar melancarkan serangan udara ke atas sebuah pasar di Kampung Yoe Ngu, Rakhine pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arakan Army mendakwa 17 orang awam terbunuh dalam serangan udara di pasar Kampung Yoe Ngu.
  • Ponnagyun Youths Association melaporkan jumlah korban meningkat kepada 18 orang.
  • Pengerusi PYA menggambarkan kemusnahan besar; beberapa bangunan hangus dan mayat bergelimpangan.

Kumpulan bersenjata Arakan Army mendakwa serangan itu mengorbankan 17 orang awam manakala pertubuhan sukarelawan tempatan, Ponnagyun Youths Association (PYA) memaklumkan angka kematian mencecah 18 orang.

Jurucakap tentera Myanmar bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan maklum balas berhubung kejadian berkenaan.

Pengerusi PYA, Pyae Phyo Naing berkata, keadaan di lokasi kejadian amat menyayat hati dengan beberapa bangunan musnah dan terbakar.

“Keadaannya sangat teruk, empat atau lima bangunan hangus terbakar dan banyak bangunan lain musnah. Ada yang menangis, mayat bergelimpangan dan ketika kami tiba, masih ada rumah yang terbakar,” katanya. – AFP