15 bayi maut dalam kebakaran hospital di Islamabad

 Foto AFP

ISLAMABAD, 26 Ogos – Sekurang-kurangnya 15 bayi maut dalam kebakaran di sebuah hospital kerajaan di Islamabad, Pakistan, yang dipercayai berpunca daripada kerosakan sistem penghawa dingin, lapor penyiar tempatan Geo TV pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran berlaku di Hospital Pakistan Institute of Medical Sciences sekitar dua jam sebelum laporan disiarkan.
  • Operasi penyejukan masih dijalankan selepas kebakaran, menurut laporan tempatan.
  • 16 bayi baru lahir berada di wad ginekologi; seorang daripadanya berjaya diselamatkan.

Kebakaran berlaku di Hospital Pakistan Institute of Medical Sciences (PIMS) kira-kira dua jam sebelum laporan itu disiarkan.

Menurut Geo TV, operasi penyejukan masih dijalankan selepas kebakaran berlaku.

Seramai 16 bayi yang baru lahir berada di wad ginekologi hospital berkenaan ketika kejadian, dengan seorang daripadanya berjaya diselamatkan, lapor Geo TV.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.