
BEIRUT, 9 Jun – Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam serangan terbaharu tentera Zionis di selatan Lubnan pada Isnin, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.
- Ia termasuk tujuh mangsa terbunuh selepas Iran mengancam melancarkan serangan ke atas negara haram itu jika terus membom Lubnan.
- Serangan udara tentera Zionis ke atas bandar Tyre berhampiran pusat Palang Merah mengakibatkan lima maut dan lapan cedera termasuk empat paramedik.
- Serangan di Marwanieh mengorbankan dua orang termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan 10 yang lain.
- NNA melaporkan serangan udara tentera Zionis mensasarkan sebuah kereta dengan peluru berpandu berhampiran bangunan Palang Merah.
Ia termasuk tujuh mangsa yang terbunuh selepas Iran mengancam untuk melancarkan serangan ke atas Iarael sekiranya negara haram itu terus mengebom Lubnan.
“Serangan udara Israel ke atas bandar Tyre, berhampiran pusat Palang Merah, telah mengakibatkan lima maut dan lapan orang cedera, termasuk empat anggota paramedik Palang Merah,” menurut Kementerian Kesihatan Lubnan dalam satu kenyataan.
Kementerian itu kemudian melaporkan bahawa satu serangan di Marwanieh, juga di selatan Lubnan telah mengorbankan dua orang termasuk seorang kanak-kanak dan mencederakan 10 yang lain.
Di Tyre, Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) melaporkan bahawa satu serangan udara telah menyasarkan sebuah kereta dengan peluru berpandu berhampiran bangunan Palang Merah Lubnan. – AFP