
BEIRUT, 14 Mac – Sekurang-kurangnya 12 maut dalam serangan Israel ke atas sebuah pusat penjagaan kesihatan di selatan Lubnan.
RINGKASAN BERITA AI
- Kementerian Kesihatan Lubnan menyatakan duka cita atas kehilangan petugas di Burj Qalawiya.
- Mangsa terdiri doktor, paramedik dan jururawat; seorang petugas dilaporkan cedera, operasi menyelamat masih dijalankan.
- Serangan itu ialah yang kedua terhadap sektor kesihatan beberapa jam selepas serangan di Sawaneh yang mengorbankan dua paramedik.
Kementerian Kesihatan Lubnan menerusi kenyataan menyatakan duka cita atas kehilangan petugas kesihatan di Burj Qalawiya yang terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan pusat kesihatan utama di bandar itu.
Kenyataan itu menyebut, mangsa yang terkorban terdiri doktor, paramedik dan jururawat yang bertugas, dengan seorang petugas kesihatan cedera, manakala operasi menyelamat masih dijalankan.
“Serangan tersebut adalah yang kedua terhadap sektor kesihatan dalam beberapa jam selepas serangan di Sawaneh yang mengorbankan dua paramedik, ” menurut kenyataan itu lagi. – AFP