10 maut unit rawatan trauma hospital di India terbakar

Foto REUTERS

ODISHA, 16 Mac – Sekurang-kurangnya 10 maut dalam kebakaran yang berlaku di unit rawatan trauma sebuah hospital di negeri Odisha, Timur India pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas di pusat trauma hospital.
  • Lima individu dilaporkan cedera parah dalam kejadian itu.
  • Kerajaan negeri mengarahkan siasatan terperinci dan pengukuhan langkah keselamatan kesihatan.
  • Pesakit dipindahkan ke wad dan hospital berhampiran sementara bomba berjaya mengawal kebakaran.

Ketua Menteri, Mohan Charan Majhi berkata, lima lagi dilaporkan cedera parah dalan kejadian yang dipercayai berpunca daripada litar pintas di pusat trauma tersebut.

Kerajaan negeri telah mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta memastikan langkah keselamatan di kemudahan kesihatan diperkukuh bagi mengelakkan insiden sama berulang.

“Seramai 23 pesakit sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi ketika kejadian. Sepuluh daripada mereka dilaporkan meninggal dunia ketika dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat bagi mengelakkan kebakaran,” katanya.

Beberapa pesakit lain turut dipindahkan ke wad dan hospital berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga sementara kerja keselamatan dan pemantauan keadaan di hospital berkenaan dijalankan.

Pasukan bomba dan penyelamat berjaya mengawal kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan.-REUTERS