Jim Carrey terima Cesar d’Honneur

pengarah veteran Amerika Richard Linklater (kiri) bersama Jim Carrey (kanan)/AFP

PARIS, 27 Februari – Pelakon komedi terkenal Hollywood, Jim Carrey dianugerahkan a Cesar d’honneur pada Anugerah Cesar (Cesar Awards) ke-51 pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Carrey diiktiraf untuk kerjaya lakonan serba boleh dan sumbangan berdekad dalam dunia filem.
  • Beralih dari komedi slapstick ke peranan serius, memenangi Golden Globe untuk The Truman Show.
  • Terkenal juga melalui Eternal Sunshine dan francais Sonic sebelum mengurangkan aktiviti filem awal 2020-an.

Anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan terhadap kerjaya lakonan serba bolehnya selama beberapa dekad.

Carrey, yang sering dibandingkan dengan ikon komedi Amerika, Jerry Lewis, memulakan kerjayanya dalam bidang komedi pentas sebelum melonjak menjadi bintang filem komedi 1990-an seperti Dumb and Dumber, The Mask dan Ace Ventura: Pet Detective.

Beliau kemudian beralih kepada lakonan lebih serius dan meraih Golden Globe untuk peranannya dalam The Truman Show (1998), menyaksikan beliau memegang watak seorang lelaki biasa yang menyedari seluruh hidupnya diatur untuk rancangan televisyen.

Filem lain yang mendapat pujian ialah Eternal Sunshine of the Spotless Mind (2004), mengenai seorang lelaki yang memutuskan untuk memadam ingatannya tentang bekas teman wanitanya, yang dilakonkan oleh Kate Winslet.

Carrey turut membintangi beberapa filem pecah panggung antarabangsa termasuk francais Sonic sebelum mengurangkan aktiviti dalam dunia filem pada awal 2020.

Dalam acara sama, pengarah veteran Amerika Richard Linklater merangkul anugerah Pengarah Terbaik bagi filemnya, Nouvelle Vague (2025), sebuah karya hitam-putih tentang penggambaran filem klasik Perancis Jean-Luc Godard, Breathless. – AFP