fb fb fb fb fb

Tingkat pemulihan perjalanan udara, tiga penerbangan baharu diperkenal

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Pengenalan tiga syarikat penerbangan baharu dan pelbagai laluan terkini meningkatkan pemulihan berterusan perjalanan udara bagi suku ketiga tahun ini.

Usaha itu dilaksanakan oleh syarikat penerbangan rakan kongsi sedia ada bagi seluruh rangkaian Malaysia Airports Group di Malaysia.

(FOTO HIASAN)

Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) melalui kenyataan memaklumkan pihaknya mengalu-alukan kehadiran Salam Air, Super Air Jet dan Sichuan Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selain itu, syarikat penerbangan rakan kongsi tersebut juga menambah 12 destinasi baharu dan menyambung semula tujuh laluan sebagai tambahan kepada perkhidmatan semasa mereka.

Peningkatan tawaran penerbangan ini menyumbang kepada trafik sukuan buat kali pertama berbanding tempoh yang sama September 2019.

Media Baharu