fb fb fb fb fb

Terengganu berpotensi bangunkan industri penyahkarbonan

(Rafizi dalam sidang selepas menerajui sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK-12)

KUALA TERENGGANU, 6 Jun- Terengganu berpotensi dijadikan pusat penyimpanan bahan mentah industri berteknologi hijau menerusi penggunaan telaga minyak yang sudah tidak digunakan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata usaha itu dijangka menerima limpahan besar pelaburan daripada industri penyahkarbonan.

Jelas beliau telaga minyak kosong akan diisi dengan karbon sebelum mengalami proses suntikan penyahkarbonan.

Untuk itu operasi industri penyahkarbonan Petronas di Kerteh akan dipercepat dua tahun lebih awal berbanding sasaran asal pada tahun 2030.

Akta baharu juga akan digubal bagi merangsang industri tersebut.

"Satu peluang yang ada di Terengganu adalah kita menyuntik karbon dari persekitaran kita atau yang diimport dari persekitaran mereka hantar ke negara kita untuk disuntik ke dalam telaga minyak yang tidak lagi dipakai. Terengganu banyak lapangan minyak yang sudah tidak digunakan," katanya selepas menerajui sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK-12 di sini.


(Rafizi berkata Terengganu berpotensi bangunkan industri penyahkarbonan)

Media Baharu