(Foto fail)
KUALA LUMPUR, 6 Jun- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi bertambah baik niaga hadapan emas COMEX semalaman.
Seorang penganalisis berkata kebimbangan para pelabur terhadap pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) susulan data daripada US Institute for Supply Management (ISM) pada Isnin yang menunjukkan indeks pengurus pembelian perkhidmatannya (PMI) turun kepada 50.3 pada Mei daripada 51.9 pada April, telah memberi sokongan kepada logam berharga itu.
Sementara itu, kontrak bulan semerta Jun 2023 meningkat kepada US$1,985.60 setiap troy auns daripada paras penutup US$1,985.60 setiap troy auns pada Jumaat minggu lepas. (US$1=RM4.60)
Kontrak bagi Julai 2023, Ogos 2023, Oktober 2023 dan Disember 2023 semuanya berada pada US$1,977.10 setiap troy auns.
Sejumlah tiga lot emas diniagakan hari ini.
Pasaran niaga hadapan emas tempatan ditutup pada Isnin 5 Jun, 2023, sempena cuti umum Hari Keputeraaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Harga emas fizikal berada pada US$1,959.65 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 5 Jun. - BERNAMA
(Niaga hadapan emas ditutup tinggi)