fb fb fb fb fb

Syarikat pembuatan Taiwan EMC labur RM900 juta di Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada taklimat pembinaan EMC di Georgetown/Foto RTM

GEORGETOWN, 20 Jun-Sebuah syarikat pengeluar Laminat Bersalut Kuprum (CCL) dari Taiwan, Elite Material Co. Ltd (EMC) melabur sebanyak RM900 juta di Pulau Pinang bagi pembinaan sebuah kilang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata,kilang baharu berkenaan dibina di atas tanah seluas 5.6 hektar di Penang Science Park North dan dijangka siap pada 2025.

"Pembinaan kilang akan dibahagikan kepada dua fasa melibat RM900 juta.

"Fasa pertama pembinaan loji yang mampu mencapai kapasiti pembuatan sebanyak 600 helai laminat. Manakala fasa kedua akan melibatkan tambahan sebanyak 150,00 helai laminat sebulan.

"Pembinaan kilang berkenaan bakal siap pada awal suku tahun 2025", kata Kon Yeow.

Tambahnya, Pulau Pinang menjadi lokasi pertama kilang EMC dibuka di Asia Tenggara.

Jelasnya, pelaburan EMC ini akan mengukuhkan kedudukan negeri sebagai hab ekonomi berimpak tinggi di peringkat nasional dan serantau.
 
Turut hadir, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EMC, Albert Dong di Pejabat Ketua Menteri di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD