fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil, disokong operasi BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM42.53 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.34 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik meliputi tender RM1.5 bilion bagi 32 hari dan tender RM1 bilion untuk 92 hari.

BNM juga telah mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM45.0 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM15.4 bilion.- BERNAMA

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM