fb fb fb fb fb

SME BANK FundFest sedia akses pelbagai sumber pembiayaan

Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Usaha untuk memperkasa Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana, PMKS sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, ini kerana peranan usahawan PMKS amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Berucap pada majlis perasmian SME BANK FUNDFEST 2024, beliau berkata, sebahagian besar dari PMKS merupakan perusahaan mikro, menyumbang 69.7 peratus daripada jumlah keseluruhan industri.

Manakala perusahaan kecil membentuk 28.5 peratus dan perusahaan sederhana mewakili 1.8 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Oleh itu, inisiatif seperti SME Bank FundFest ini adalah tepat pada masanya.

Ia menyediakan peluang diperlukan para usahawan untuk mengakses pelbagai sumber pembiayaan dan bimbingan profesional.

Melaluinya, usahawan mendapat manfaat daripada rundingan pembiayaan, perkongsian ilmu serta peluang mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelabur berpotensi.

Trainee2