fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, terjejas ekoran prestasi kukuh dolar Amerika Syarikat (AS) / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, terjejas ekoran prestasi kukuh dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Kontrak bulan semerta Oktober 2024 susut kepada AS$2,684.40 setiap auns troy daripada AS$2,686.70 auns troy semalam, manakala November 2024 turun kepada AS$2,701.70 setiap auns troy daripada AS$2,704.00 sebelum itu.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup rendah pada AS$2,707.50 setiap auns troy berbanding AS$2,709.80 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan melonjak kepada 13 lot daripada enam pada Rabu, manakala kepentingan terbuka naik kepada 34 kontrak daripada 27 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 16 Oktober 2024, harga emas fizikal berada pada AS$2,675.25 setiap auns troy.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN