fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM41.19 bilion berbanding RM40.10 bilion pada sebelah pagi manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM14.70 bilion daripada RM40.10 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender berbalik.

Bank pusat juga telah mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM mengendalikan tender pasaran wang konvensional RM41.20 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM14.70 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah 3.00 peratus setakat 16 Oktober.- BERNAMA

ZEHRA BINTI ZAMBRI