fb fb fb fb fb

Bank Rakyat terbit Sukuk Kelestarian sulung RM500 juta

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Bank Rakyat menerbitkan Sukuk Kelestarian sulungnya berjumlah RM500 juta.

Penerbitan kali ini merangkumi dua bahagian iaitu RM150 juta bagi tempoh lima tahun dan RM350 juta bagi tempoh tujuh tahun.

Penerbitan ini mendapat sambutan baik daripada pelbagai segmen pelabur dan telah diagihkan dalam kalangan pelabur institusi.

Hasil daripada penerbitan ini akan disalurkan bagi membiayai perniagaan dan projek secara langsung menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Komitmen ini juga menyokong objektif bank sebagai institusi kewangan bertanggungjawab dan meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi serta kelestarian alam sekitar.

Trainee