fb fb fb fb fb

Sektor hartanah diunjur positif disokong permintaan populasi muda

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Disember- Prospek jangka pertengahan hingga panjang bagi sektor hartanah diunjur positif disokong permintaan kukuh oleh populasi muda. 

Mah Sing Group Bhd memaklumkan permintaan untuk rumah daripada pembeli rumah kali pertama juga diunjur kekal berdaya tahan.

Ia selari unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar pada 4 hingga 5 peratus menjelang 2024 oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Pengecualian duti setem selama lima tahun bagi hartanah kediaman berharga di bawah RM500,000 akan juga memberi manfaat untuk pemaju hartanah termasuk Mah Sing.

Di samping itu, rancangan kerajaan untuk mengurangkan syarat semasa bagi permohonan Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dilihat tepat pada masanya untuk menarik pembeli asing. 

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September lalu, kumpulan itu mencatatkan jualan hartanah sebanyak RM1.8 bilion, meningkat 14.4 peratus berbanding RM1.57 bilion direkodkan tempoh sama tahun lepas. 

SITI AISHAH BINTI MD ISA