KUALA LUMPUR, 23 Mei- Sime Darby Property Bhd (SDP) kekal yakin terhadap prospek perniagaan pembangunan hartanah tahun ini.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Azmir Merican, keyakinan itu didorong kepelbagaian produknya bagi memacu pertumbuhan kumpulan, disebalik persekitaran mencabar susulan kenaikan kos.
"Kami terus membuat pelancaran produk dengan agresif dan kadar pengambilan kami terus kekal kukuh dan ini petunjuk yang paling penting."
"Semua produk berada pada kadar 80% dan kediaman meningkat pada 80%, perindustrian pada 73% dan ini berikutan keadaan pasaran permintaan yang sangat kukuh," kata Datuk Azmir kepada pemberita taklimat keputusan suku kedua tahun kewangan 2024 SDP, diadakan secara maya.
Kumpulan itu mensasarkan nilai pembangunan kasar berjumlah RM3.9 bilion tahun ini, dengan sasaran jualan berjumlah RM3 bilion.
Mengenai impak rasionalisasi subsidi bahan api, syarikatnya kini sedang mengkaji perkara tersebut.
Namun, beliau menjangkakan kesan minimum, memandangkan kebanyakan subkontraktornya tidak membeli bahan api di stesen minyak.