KUALA LUMPUR, 22 Julai - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$120.9 bilion pada 15 Julai 2025.
Jumlah itu meningkat berbanding AS$120.6 yang direkodkan pada 30 Jun 2025.
''Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
'Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$107.3 bilion dolar, paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa berjumlah AS$1.3 bilion dolar dan hak pengeluaran khas sebanyak AS$5.9 bilion dolar,'' jelas BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$4.1 bilion dolar dan AS$2.3 bilion dolar.