fb fb fb fb fb

Ringgit dijangka stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 19 Julai - Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran 4.24 hingga 4.26 minggu depan di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur dalam pasaran.

Ia susulan jangkaan potensi pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping serta mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada akhir bulan ini.

Penganalisis menjangkakan pasaran lebih optimis minggu depan, kerana potensi pertemuan dua pemimpin ini dijangka dapat melonjakkan sentimen pasaran Asia.

Bagi Malaysia, ketegangan perdagangan dijangka berkurang yang boleh mencerahkan prospek makro dan seterusnya, menyediakan peluang kepada ringgit dalam tempoh terdekat.

Langkah diplomatik itu, walaupun sementara ia membantu mengekang jualan ringgit yang lebih agresif menghala ke hujung minggu.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi berbanding dolar Amerika, berbanding pada minggu sebelumnya.

Unit tempatan juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN