fb fb fb fb fb

Ringgit dijangka kekal stabil hadapi cabaran luaran

Ringgit dijangka kekal stabil minggu depan disokong kestabilan ekonomi domestik dan prestasi lemah dolar AS.

KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan pelabur terus memantau perkembangan luaran, khususnya kesan pelaksanaan tarif AS.

Mata wang tempatan itu dijangka mendapat sokongan daripada kestabilan ekonomi domestik dan prestasi dolar AS yang lemah.

Cadangan Presiden Donald Trump untuk mengenakan cukai ke atas cip dan produk farmaseutikal dijangka terus melemahkan sentimen terhadap aset berisiko.

Pelabur turut menumpukan perhatian kepada tekanan yang dihadapi kumpulan BRICS serta petunjuk ketegangan dalam rundingan perdagangan antara AS dan China.

Bagi minggu ini, ringgit diniagakan lebih tinggi dalam julat 4.23 hingga 4.24 berbanding dolar AS susulan laporan data pekerjaan negara maju itu yang lebih lemah daripada jangkaan awal, sekali gus menurunkan nilai mata wang tersebut.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN