KUALA LUMPUR, 23 September - Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran lebih kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Pendirian Rizab Persekutuan (FED) negara maju itu yang cenderung menaikkan kadar faedah akan memangkin pengukuhan dolar.
Penganalisis pasaran meramalkan, dolar terus mengukuh menjelang Oktober, melainkan data berkaitan ekonomi, pekerjaan serta jualan Amerika Syarikat mencatat prestasi sebaliknya.
Pasaran juga kekal berhati-hati terhadap prospek kenaikan kadar faedah yang dijangka berlanjutan untuk tempoh lebih lama, seterusnya menguntungkan dolar.
Berikutan itu, ringgit dijangka bergerak dalam julat RM4.67 hingga RM4.69 berbanding dolar minggu depan.
Bagi minggu baru berakhir, Hong Leong Research menerusi nota penyelidikannya berkata dolar AS mencatat peningkatan untuk minggu ketiga berturut-turut iaitu menokok 0.2 peratus berbanding ringgit.