(Foto Fail)
KUALA LUMPUR, 24 September- Pasaran getah Malaysia dijangka mencatat jumlah dagangan lebih kecil dan cenderung mendatar, minggu depan.
Ini berikutan unjuran pengeluarannya yang lebih rendah.
Menerusi nota penyelidikan, Mantan Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma), Denis Low memaklumkan kehadiran musim tengkujuh dengan hujan lebat telah menjejaskan produktiviti dan mengehadkan hasil lateks serta bekalan getah.
"Aktiviti dagangan pada minggu depan juga dijangka terhad berikutan tempoh dagangan singkat bersempena cuti umum Maulidur Rasul dan Minggu Golden di China.
"Sepanjang minggu ini, pasaran getah tempatan menyaksikan dagangan bercampur-campur dan seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau," katanya.
(Foto Fail)