fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 25 September- Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dari sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM36.72 bilion manakala sejumlah RM18.22 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada RM1.0 bilion untuk tujuh hari dan RM500 juta selama 14 hari, serta satu tender Qard bernilai RM700 juta bertempoh tujuh hari.

BNM juga akan menjalankan dua tender repo berbalik, terdiri daripada RM1.5 bilion (30 hari) dan RM500 juta (92 hari).

Selain itu, bank pusat akan menerbitkan bil-bil antara bank Islam sebanyak RM1 bilion untuk tempoh 30 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender konvensional semalaman bernilai sehingga RM36.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM18.5 bilion.- BERNAMA


(Foto hiasan)

Media Baharu