fb fb fb fb fb

Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.20 hingga 4.22

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Oktober - Ringgit dijangka diniagakan dalalm julat 4.20 hingga 4.22 berbanding dolar Amerika minggu depan.

Ia berikutan peniaga mengambil sikap berhati-hati susulan penutupan kerajaan Amerika Syarikat menjelang Belanjawan 2026 Malaysia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada 10 Oktober bakal diperhatikan dengan teliti, khususnya dari segi jumlah peruntukan, unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta sasaran defisit fiskal.

Beliau berkata usaha pengukuhan fiskal sejak tiga tahun lalu, termasuk pelaksanaan cukai baharu dan rasionalisasi subsidi seharusnya memberi kesan positif kepada ringgit kerana mencerminkan disiplin kewangan kerajaan.

Bagi asas mingguan, ringgit menunjukkan pengukuhan berbanding dolar AS, ditutup kepada 4.2055 hingga 2125 daripada 4.2200 hingga 2250 sebelum ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI