KUALA LUMPUR, 5 Oktober - Bursa Mingguan dijangka akan mengalami turun naik minggu hadapan.
Ia berikutan penutupan kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat masih berterusan.
Pada masa sama, tumpuan domestik akan beralih kepada Belanjawan 2026 yang dijangka dibentangkan pada Jumaat depan.
Hala tuju fiskal kerajaan dijangka ditetapkan menerusi pembentangan itu dengan penekanan diberi kepada rasionalisasi subsisi, perlindugnan sosial dan perbelanjaan infrastuktur.
Justeru, Bursa Malaysia dijangka tidak banyak berubah menjelang pembentangan belanjawan.
Aktiviti pengambilan untung dijangka berterusan memandangkan kaunter teknologi telah lebih awal menyerap optimisme terhadap kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.