fb fb fb fb fb

Ringgit berdepan tekanan pengambilan untung selepas mengukuh

Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Ringgit dijangka berdepan aktiviti pengambilan untung pada minggu hadapan, dengan pergerakan mata wang tempatan diunjurkan dalam julat 4.07 hingga 4.09 berbanding dolar Amerika Syarikat selepas mencecah paras tertinggi hampir enam tahun baru-baru ini.

Sepanjang minggu ini, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi, dibuka sekitar paras 4.09 sebelum mengukuh dan ditutup pada sekitar 4.07 pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dari sudut teknikal, ringgit kini berada dalam keadaan terlebih beli, sekali gus membuka ruang kepada aktiviti pengambilan untung.

Beliau berkata pasaran minggu hadapan dijangka menumpukan perhatian kepada pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat bagi suku ketiga 2025.

Sebelum ini, pergerakan ringgit turut dipengaruhi oleh data ekonomi utama Amerika Syarikat, termasuk laporan senarai gaji bukan ladang dan inflasi, yang memberi petunjuk terhadap hala tuju dasar monetari negara itu.

AZRUL FAIZAL JUSOH