fb fb fb fb fb

Pulau Pinang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia tahun lalu

Foto RTM

GEORGE TOWN, 15 Mac -Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan berjumlah RM71.9 bilion pada 2023, yang tertinggi di Malaysia, menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pertumbuhan luar biasa tersebut didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) yang menyumbang RM61.7 bilion atau 85.81 peratus daripada aliran masuk pelaburan pembuatan negeri itu dalam tempoh berkenaan.

Katanya, menerusi kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), negeri berkenaan berjaya mencatat pelaburan sebanyak RM13.67 bilion dan mewujudkan  lebih 14,000 peluang pekerjaan pada tahun lepas.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sempena majlis penghargaan syarikat yang terlibat dalam Pusat Inovasi Teknologi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) (NTIC) Centre of Excellence (CoE) di Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai program CoE, NTIC Pulau Pinang, Kon Yeow berkata 12 penyedia CoE NTIC telah dilantik sejak pelancaran program tersebut pada Mei lepas dan mencatatkan pelaburan RM73.67 juta.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD