fb fb fb fb fb

Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi, kesan daripada kerangka MADANI

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR, 10 Mei- Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi minggu ini membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membina keyakinan pelabur.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ia menunjukkan daya tahan institusi kewangan itu walaupun di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan.

"Awal minggu ini, Bursa Malaysia telah mencecah 1600 mata dan mencapai paras tertinggi sebanyak RM2 trilion dalam permodalan pasaran ekuiti."

"Prestasi ini adalah bukti kekuatan pasaran kita dan ekonomi Malaysia," kata Datuk Seri Amir dalam ucaptamanya di Pelancaran CIMB Sekurities turut memberitahu, pelbagai strategi dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mencapai sasaran Ekonomi Madani.

Ia termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan pembaharuan ekonomi utama di bawah Belanjawan Negara 2024.

Beliau turut menyeru kepada sektor korporat untuk turut serta dalam dalam usaha ini dalam memastikan kekuatan pasaran kewangan negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM