fb fb fb fb fb

PM ke Nanning, suntik pelaburan ke dalam negara - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 19 September- Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Nanning, China Ahad lalu dijangka membawa masuk lebih banyak kerjasama dan pelaburan ke dalam negara.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak tahun 2009.

Menurut Pensyarah Kanan, Komunikasi Liberal, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr A. Aziz Azizam, pelaburan yang bakal dibawa masuk turut memberi kesan terhadap sektor peluang pekerjaan.

"Pertama adalah peluang pekerjaan. Kedua, apabila pelaburan itu masuk, kita harapkan berlaku pertukaran teknologi contohnya seperti perkongsian ilmu kemahiran. Kita mahu kesan yang menyeluruh, bukan semata-mata atas terma pelaburan sahaja.

Ini adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan supaya kebaikan itu dinikmati rakyat dan tidak menguntungkan sebelah pihak sahaja. Rakyat juga perlu memanfaatkan pelaburan ini," kata Dr. A. Aziz kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam sebuah program di Angkasapuri Kota Media.

(FOTO BERNAMA)

Tambahnya, nilai pelaburan bukanlah satu trofi, malah merupakan tanggungjawab bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Media Baharu