fb fb fb fb fb

Inovasi kewangan, penggandaan berasaskan nilai beri impak kewangan negara - BNM

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 September- Sektor kewangan Islam memerlukan dua asas penting bagi menzahirkan impak ketara dan penyelesaian kewangan yang inklusif.

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, asas tersebut termasuk inovasi berkesan untuk ekonomi dan transformasi kemampanan serta menggandakan pelaksanaan kewangan berasaskan nilai.

"Biar saya mulakan dengan asas pertama untuk membuka kunci inovasi yang berkesan untuk transformasi ekonomi dan kemampanan. Ruang untuk inovasi dalam kewangan Islam adalah luas, namun sehingga hari ini potensi penuh kewangan Islam masih belum dioptimumkan sepenuhnya sebagai alat untuk perubahan bermakna bagi memenuhi keperluan kewangan dunia.

Kita mempunyai pelbagai kontrak dan instrumen syariah yang boleh disesuaikan dengan penyelesaian kejuruteraan yang boleh memenuhi pelbagai keperluan segmen masyarakat yang berbeza," kata Abdul Rasheed dalam ucapannya di Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2023 di ibu negara.

Tambahnya, dalam kewangan Islam, Malaysia turut mempunyai keupayaan dalam menggabungkan kewangan dalam menggunakan jenis modal yang berbeza.

Pemain indusri kewangan Islam turut boleh mengambil inspirasi daripada ulama Islam terdahulu yang melakukan pelbagai inovasi dalam kewangan dan perakaunan.

Melalui pendekatan itu, ia boleh membuka jalan penyelesaian kewangan yang lebih berkesan selain berpegang kepada prinsip Syariah.


(Foto Hiasan)

Media Baharu