fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 19 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi kukuh niaga hadapan emas di COMEX New York Mercantile Exchange semalaman.

Penganalisis berkata pelabur memberi tumpuan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang berlangsung dari 19 hingga 20 September bagi mengenal pasti langkah seterusnya.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2023 naik kepada US$1,937.70 setiap auns troy daripada US$1,930.00 setiap troy auns pada Isnin manakala Oktober 2023 meningkat kepada US$1,946.80 daripada US$1,939.10.

Kontrak November 2023, Disember 2023, Februari 2024 dan April 2024 semuanya ditutup pada US$1,955.40 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menokok kepada 11 lot daripada empat lot pada semalam, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 73 kontrak berbanding 67 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$1,923.50 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 18 September- BERNAMA


(Foto Fail)

Media Baharu